Anda di sini

Kerajaan komited tangani gejala dadah

Advertisement

TUARAN: Dalam usaha kerajaan membanteras gejala dadah, kerjasama semua pihak khususnya golongan belia amat diperlukan di seluruh negara.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, kerajaan begitu komited dalam menangani dan membanteras masalah dadah kerana ia bukan sahaja musuh utama negara malah faktor kepada kerosakan bangsa dan agama.

 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis 'Touch Point' - Belia Benci Dadah Bersama Hebatkan Negara anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Sabah  di Dewan

Kampung Gayang dekat sini baru-baru ini.

Selain itu,sempena program tersebut beliau sempat melawat beberapa buah rumah dan beramah mesra dengan penduduk kampung dan menghulurkan bantuan serta mendengar permasalahan mereka.

"Inilah yang kita lakukan dari masa ke semasa untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

"Mereka yang memerlukan terutama sekali membaiki rumah mereka dan sebagainya, bawa kemajuan kepada kampung-kampung yang ada di kawasan saya," tambah beliau.

Menurutnya, sebagai calon Barisan Nasional (BN) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, beliau melihat Kampung Gayang boleh dikatakan sebagai sebuah kampung yang bebas daripada dadah khususnya dalam kalangan belianya.

"Ini kerana terdapat banyak kemudahan yang disediakan seperti masjid, dewan, jaringan jalan raya kampung yang baik serta membolehkan belia dan masyarakat kampung melakukan aktiviti sihat dan terhindar daripada gejala dadah," katanya.

Pengarah AADK Cawangan Sabah Bakri Bibi turut menyampaikan beberapa sumbangan berbentuk barangan keperluan asas bagi tujuan meringankan beban penduduk kampung.

Selain itu, penduduk di Kampung Gayang amat bersyurkur dan berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana kos membaiki Dewan Gayang yang berjumlah RM20,000 serta penggunaan alat penghawa dingin dalam dewan tersebut telah diluluskan.

HAJIJI menyampaikan barang keperluan dapur kepada seorang suri rumah, diperhatikan oleh Bakri.
HAJIJI menyampaikan barang keperluan dapur kepada seorang suri rumah, diperhatikan oleh Bakri.

Program itu dianjurkan dengan kerjasama Belia Gayang Kelab Belia Daerah Tuaran dan Skuad AADK Tuaran.

Hadir di majlis itu ialah Pengerusi Kelab Mohd Ghazali Hajiji dan Pegawai AADK Tuaran Asraf Hafiz Roslan.

Turut hadir Pengerusi Skuad AADK Tuaran  Jaineh Jali dan Pengerusi Belia Gayang Mateli Ekeh.

Advertisement