Anda di sini

Ahli SABAS Zon Ranau bersatu sokong BN

Advertisement

RANAU: Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS) mengajak masyarakat Orang Sungai yang berada di daerah ini supaya bersatu menyokong calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Ranau dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paginatan.

Presiden SABAS, Dato Juhari Janan berkata, ia kerana masyarakat itu turut menikmati pembangunan dan sosial ekonomi seperti masyarakat lain di Ranau.

 

  "Jadi, kita perlu bersatu memberi sokongan padu kepada calon-calon BN di Ranau," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan perjumpaan dengan masyarakat Orang Sungai di Kampung Sarawas Ranau yang diketuai oleh Pengerusi Perhubungan SABAS Zon Ranau Jakaria Bangsawan.

Calon BN bagi kerusi Parlimen P.179 Ranau Datuk Dr Ewon Ebin menghadapi pertandingan empat penjuru dengan calon PH-PKR, GS-Star dan PCS.

Manakala calon BN bagi kerusi DUN N.31 Paginatan Datuk Abidin Madingkir juga menghadapi pertandingan empat penjuru dengan calon GS-Star, Warisan dan PCS.

Terdapat lima buah kampung masyarakat Orang Sungai di Parlimen Ranau iaitu Kampung Gusi, Kampung Agan, Kampung Maridi, Kampung Pinutudaan dan Kampung Murungin.

"Kampung-kampung ini mengambil masa empat jam perjalanan daripada Ranau, Sebab itu kita mengadakan perjumpaan di Kampung Sarawas bagi memindikkan masa perjalanan," katanya.

JUHARI (tengah) bersama ahli jawatankasa SABAS dengan ahli-ahli SABAS Zon Ranau.
JUHARI (tengah) bersama ahli jawatankasa SABAS dengan ahli-ahli SABAS Zon Ranau.

 Ia adalah siri jejalah kempen SABAS di kawasan pilihan raya yang didiami masyarakat Orang Sungai bagi memastikan masyarakat itu mengundi calon-calon BN  pada PRU-14.
  

Selaku Presiden, Juhari telah diamanahkan oleh Tagajoh Gayoh SABAS Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Haji Aman agar masyarakat Orang Sungai di seluruh Sabah termasuk di lima buah kampung di Ranau memberi sokongan padu calon calon-calon BN.

  • oleh
  • Advertisement