Anda di sini

Manifesto BN dirangka menjurus kesejahteraan seluruh rakyat

Advertisement

SANDAKAN: Manifesto Barisan Nasional (BN) dirangka menjurus kepada kesejahteraan rakyat secara keseluruhan berbeza dengan pembangkang yang hanya mengutarakan manifesto retorik yang sudah pasti tidak dapat ditunaikan.

“Tiada yang lebih baik selain daripada BN, tiada yang lebih baik selain daripada bantuan yang diberikan kerajaan BN dan tiada yang lebih baik selain pembangunan yang disalurkan oleh BN,” kata calon BN Parlimen Libaran Datuk Zakaria Haji Mohd Edris semasa berucap di program Mesra Ria Perpaduan Kawasan Rukun Tetangga Zon Libaran.

 

Acara anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Zon Libaran berkenaan telah diadakan di Dewan SMK Merpati pada malam Jumaat dan turut dihadiri Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Sabah Delin Liet Anak Blaun, Pegawai JPNIN Sandakan Jambri Giau serta pengerusi-pengerusi KRT Sandakan.

Justeru, pada pilihan raya ini, marilah bersama-sama kita menangkan Barisan Nasional dengan majoriti besar, tambah Zakaria yang juga Naib Ketua Bahagian UMNO Libaran.

Dalam ucapan beliau, Zakaria juga mengajak semua yang hadir untuk mengenang kembali jenis bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan BN kepada mereka.

ZAKARIA (tiga, kiri) dan para tetamu lain pada program Mesra Ria Perpaduan KRT Zon Libaran.
ZAKARIA (tiga, kiri) dan para tetamu lain pada program Mesra Ria Perpaduan KRT Zon Libaran.

“Apa yang saya boleh perkatakan pada malam ini, sudah terlalu banyak pembangunan yang disalurkan, sungguhpun masih ada yang belum terlaksana,” tambah Zakaria.

Menyentuh berkenaan bantuan, Zakaria berkata pelbagai jenis bantuan yang diberikan kepada rakyat.

"Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) contohnya, rakyat sudah terbela disebabkan oleh keprihatinan kerajaan BN yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," tegasnya.

  • oleh
  • Advertisement