Anda di sini

Jentera hebat penyumbang kemenangan BN

Advertisement

TUNGKU : Jentera yang hebat dalam Barisan Nasional (BN) antara penyumbang utama kepada kemenangan mutlak parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tungku, Mizma Appehdullah (gambar) berkata, dalam usaha mencapai kekuatan dan kehebatan itu, jentera parti perlu amanah, rajin dan mendengar nadi suara masyarakat.

 

"Mainkan peranan dan galas tanggungjawab yang diamanahkan itu dengan baik. Dengar keluhan dan suara masyarakat. Jangan wujudkan diskriminasi dalam kalangan mereka.

"Justeru di Silam, kehebatan jentera seharusnya sentiasa diperkukuh dan diperkemas dari semasa ke semasa bagi memenangkan semua calon BN Silam,"katanya semasa berucap pada

Majlis perjumpaan bersama Ketua-ketua Cawangan Umno DUN Tungku di Dewan Tungku, pada Jumaat.

 

Mengulas lanjut, Mizma berkata, beliau juga akan sentiasa mendengar, memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat demi kepentingan rakyat dan parti.

Terdahulu, Mizma yang juga Ketua Wanita Umno Silam sempat melawat Sekolah Agama Rakyat Kampung Dengan bagi membantu memperkasakan lagi pendidikan Agama di sekolah itu.

"Di sinilah antara tempat di mana kita melihat anak bertamadun dan berakhlak mulia. Malah sebagai wanita yang memiliki naluri keibuan, kita sendiri juga mahu lihat anak kita berjaya dunia Akhirat," katanya.

Advertisement