Anda di sini

Christina berhasrat rehat karier peguam

Advertisement

TAWAU: Calon pakatan harapan (PH) Parlimen Tawau Christina Liew membuat keputusan mengejut untuk berehat daripada kariernya sebagai seorang peguam demi memberi tumpuan sepenuhnya kepada kedua-dua kerusi termasuk kerusi DUN Api-Api sekiranya menang dalam PRU ini.

Christina membuat keputusan mengejut itu setelah beliau diberi sokongan yang padu daripada pemimpin-pemimpin akar umbi Parti KeAdilan Rakyat (PKR) daerah pada Jumaat semasa beliau membuat lawatan ke Pasar Sin Onn.

 

"Saya amat bersyukur dan berterima kasih atas kehadiran pemimpin-pemimpin ini dan sekaligus melenyapkan khabar angin bahawa saya tidak mendapat sokongan dari ahli parti saya sendiri," katanya yang juga ketua PKR Sabah.

Beliau berkata, keputusan tersebut telah dibuat sebelumnya tetapi beliau terharu dengan kehadiran para pemimpin-pemimpin yang telah bersamanya sejak awal pagi untuk berkempen bersama dan pengumuman tersebut sebagai tanda ikhlas beliau di dalam perjuangan parti dan membela nasib rakyat.

"Ini adalah janji saya untuk memastikan pentadbiran negara ditukar kerana telah tiba masanya untuk saya membuat pengorbanan yang lebih sejak mula berjuang selama 20 tahun yang lalu," katanya.

CHRISTINA (tengah), Chin dan pemimpin akar umbi PKR ketika meyantuni rakyat di pasar Sin Onn.
CHRISTINA (tengah), Chin dan pemimpin akar umbi PKR ketika meyantuni rakyat di pasar Sin Onn.

Christina juga mengumumkan sekiranya dipilih rakyat untuk menang, beliau berjanji untuk membuka sebuah portal sosial yang akan memaparkan segala program dan pembangunan menggunakan peruntukan parlimen beliau.

Turut hadir dan memberi sokongan kepada Christina adalah Datuk Chin Chee Syn yang merupakan seorang ahli politik yang bergiat aktif di daerah ini dan berjanji untuk menyokong Christina dalam merebut kerusi parlimen tersebut.

  • oleh
  • Advertisement