Anda di sini

BN tidak abaikan rakyat di DUN Kuamut

Advertisement

KINABATANGAN: Barisan Nasional (BN) tidak pernah abaikan tanggungjawab dalam menyediakan pembangunan di kawasan luar bandar terutamanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut.

Pengerusi Penyelaras BN Kinabatangan Dato Sri Bung Moktar Radin berkata sejak lima tahun lepas telah banyak perubahan landskap pembangunan di DUN Kuamut ini.

 

“Kita sendiri dapat merasakan dan menikmati kemudahan ini. Kampung-kampung yang sukar dilalui dahulu, kini telah dapat kemudahan asas terutamanya jalanraya yang baik.

“Oleh itu, rakyat jangan mudah terpengaruh dengan dakwaan presiden Warisan yang sebelum ini datang ke Pinangah dan memburukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman dengan pelbagai isu termasuk isu pembangunan yang diabaikan,” katanya.

Beliau yang juga calon BN Parlimen Kinabatangan berkata, PM dan KM tidak kedekut kepada orang kampung dalam menyediakan peruntukkan untuk pembangunan.

MUSA menyampaikan geran-geran tanah kepada wakil penduduk kampung sambil diperhatikan oleh Bung Moktar dan Masiung.
MUSA menyampaikan geran-geran tanah kepada wakil penduduk kampung sambil diperhatikan oleh Bung Moktar dan Masiung.

“Memang betul apa yang dikatakan oleh Datuk Masiung, apa kita minta untuk rakyat, dia bagi. Jalan raya di Tongod, Pinangah di kampung-kampung ini juga dilaksanakan. Datuk Najib kata pada saya kalau ‘Bung berjuta-juta saya bagi’, saya kata dengan PM  ‘ya… tapi kawasan saya ini besar daripada negeri Pahang’.

 “PM bagi jalan raya yang tuan-tuan pakai ini, akan ada lagi satu jalan raya akan tembus ke Keningau. Ini pun PM, peruntukkan pembinaan jalan raya ini tidak ada dalam bajet tapi saya jumpa PM agar jalan raya di sini diberi keutamaan dan PM luluskan bagi keselesaan dan kemudahan rakyat di kawasan DUN Kuamut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Perasmian Pecah Tanah Kompleks Sukan Tongod dan Arena Belia Tongod yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman di Dewan Terbuka Dataran Rakyat Pekan Tongod, pagi Sabtu.

Turut hadir, calon BN DUN Kuamut yang juga penyandang kerusi DUN Kuamut Datuk Masiung Banah dan para pemimpin masyarakat.

SEBAHAGIAN penduduk DUN Kuamut yang hadir.
SEBAHAGIAN penduduk DUN Kuamut yang hadir.

Penyandang kerusi Parlimen Kinabatangan ini turut memberitahu di mana Tan Sri Musa Aman dalam lima tahun ini telah meluluskan hampir 10 ribu geran-geran tanah di DUN Kuamut yang memang dinanti-nantikan sekian lama oleh penduduk kampung.

Bung Moktar berkata ini jelas membuktikan kerajaan BN di bawah kepimpinan PM dan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman tidak mengabaikan tanggungjawab mereka dalam membela nasib rakyat di kawasan luar bandar.

  • oleh
  • Advertisement