Anda di sini

BN Kinabatangan yakin pertahan kubu kuat

Advertisement

KINABATANGAN: Barisan Nasional (BN) sedia pertahankan kerusi Parlimen dan dua kerusi DUN yang ditandingi calon-calon BN di Kinabatangan dalam PRU14.

Pengerusi Penyelaras BN Parlimen Kinabatangan Dato Sri Bung Moktar Radin berkata sokongan padu rakyat terutamanya penyokong BN terhadap calon-calon BN di sini dapat diterjemakan melalui siri kempen kita selepas penamaan calon 29 April lepas.

 

"Saya selaku calon BN Parlimen Kinabatangan telah turun bersama calon BN DUN Kuamut Datuk Masiung Banah bertemu rakyat di kawasan Kuamut beberapa hari," katanya.

Beliau berkata sokongan padu rakyat terutamanya penyokong BN di DUN Kuamut begitu baik sekali.

Beliau berkata gelombang biru begitu mendapat sambutan baik dari rakyat.

"Keyakinan kita mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Kuamut serta DUN Sukau yang diwakili calon-calon BN," katanya.

Beliau berkata sambutan dan sokongan padu golongan muda terhadap BN begitu amat padu.

BUNG Moktar bersalaman dengan para penyokong BN.
BUNG Moktar bersalaman dengan para penyokong BN.

Pada majlis itu, Bung Moktar turut ingatkan rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan budaya pihak pembangkang yang menabur fitnah di laman sosial.

"Saya melihat pihak pembangkang kini memutar belit fakta bagi meraih undi rakyat. Jangan kita mudah terpengaruh teknik yang mereka mainkan bagi membenci pemimpin BN," katanya.


 

  • oleh
  • Advertisement