Anda di sini

APMM tahan bot dan pacuan empat roda bersama ikan dibom

Advertisement
BOT yang ditinggalkan suspek sebelum melarikan diri ke kawasan semak berhampiran.
BOT yang ditinggalkan suspek sebelum melarikan diri ke kawasan semak berhampiran.

LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua individu bersama bot nelayan serta pacuan empat roda yang memiliki sejumlah tangkapan ikan yang dibom di perairan Pantai Lambidan awal pagi Sabtu.

Pengarah Maritim Daerah Labuan Kepten Maritim Che Adnan Md Isa berkata kejadian disedari selepas pihaknya mendapat panggilan berkenaan kegiatan suspek pada jam 1 pagi.

BAHAN letupan bom ikan yang ditemukanndi dalam bot yang ditinggalkan.
BAHAN letupan bom ikan yang ditemukanndi dalam bot yang ditinggalkan.

“Sebaik diperiksa sepasukan anggota yang menjalankn Op Sejahtera di lokasi kejadian mendapati tiga orang kru bot sedang memunggah hasil tangkapan ikan ke sebuah kereta pacuan empat roda berwarna kelabu.

“Kita percaya pemilik kenderaan adalah peraih kepada hasil tangkapan ikan di sekitar pesisir Pantai Lambidan,” katanya.

Beliau berkata tiga suspek berkenaan bagaimanapun bertindak melarikan diri ke kawasan semak selepas menyedari kehadiran anggota penguatkuasa manakala dua lagi peraih hasil berjaya ditahan.

“Pemeriksaan lanjut terhadap bot nelayan dan kereta pacuan empat roda terbabit berjaya menemukan kira-kira 100 kilogram ikan pelbagai jenis yang dipercayai ditangkap menggunakan kaedah bom berikutan penemuan bahan bom ikan di dalam bot.

SEBAHAGIAN hasil tangkapan ikan yang dirampas APMM.
SEBAHAGIAN hasil tangkapan ikan yang dirampas APMM.

“Kesemua individu dan hasil rampasan yang dianggarkan bernilai RM60,000 dibawa ke jeti APMM untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 26 Akta Perikanan 1985.

  • oleh
  • Advertisement