Anda di sini

Anggota tentera undi awal

Advertisement

KOTA KINABALU: Tepat jam 8 pagi, anggota tentera Markas 5 Briged Infantri, Kem Lok Kawi, mula berpusu-pusu menuju ke pintu masuk saluran mengundi masing-masing di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kem Lok Kawi, di sini pada Sabtu.

Markas yang menempatkan 3,702 pengundi bagi Parlimen Putatan yang meliputi Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas dan Tanjung Aru ini mengundi melalui enam saluran yang dikhaskan.

 

Selain anggota tentera, ahli keluarga mereka turut melaksanakan pengundian awal.

Turut kelihatan melaksanakan tanggungjawab mengundi awal adalah Panglima Markas 5 Briged Infantri, Brig-Jen Datuk Mohd Anuar Rijaludin.

Kerusi Parlimen Putatan disandang oleh Datuk Marcus Mojigoh yang memenangi kerusi berkenaan atas tiket Barisan Nasional (BN) dengan undi majoriti 9,507 undi pada PRU13.

SALAH seorang anggota tentera yang hadir bersama anaknya sedang memasukkan kertas undi ke dalam kotak undi.
SALAH seorang anggota tentera yang hadir bersama anaknya sedang memasukkan kertas undi ke dalam kotak undi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini, Parlimen Putatan menyaksikan pertembungan lima penjuru antara Marcus (BN) dengan Edmund Doudilim (Parti Harapan Rakyat-HR); Zulzaim Hilmee Abidin (PAS); Awang Husaini Sahari (Parti Keadilan Rakyat-PKR); Mil Kusin Abdillah (Parti Kerjasama Anak Negeri-Anak Negeri).
 
Kerusi DUN N.17 Tanjung Aru pula menyaksikan persaingan lima penjuru antara Noraiza Mohammad Noor (HR); Chong Wei Leung (Anak Negeri); Datuk Edward Yong (BN); Hamid Ismail (PAS) dan Junz Wong (Parti Warisan Sabah-Warisan).

Sementara DUN Petagas pula persaingan tiga penjuru antara penyandang, Datuk Yahya Hussin (BN) dengan Ester Otion (HR) dan Uda Sulai (Warisan).

ANTARA anggota tentera yang hadir bersama bayi ketika mengundi awal di Markas 5 Briged Kem Lok Kawi.
ANTARA anggota tentera yang hadir bersama bayi ketika mengundi awal di Markas 5 Briged Kem Lok Kawi.
  • oleh
  • Advertisement