Anda di sini

Rompak berkumpulan: Dua lelaki berhadapan penjara 20 tahun

Advertisement

KOTA KINABALU: Dua lelaki antaranya seorang warga asing, berhadapan pemenjaraan selama 20 tahun, apabila didakwa rompak berkumpulan.

Abdul Satral Abdul Aziz, 27, dan Alsan Saleh, 18, masing-masing mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

 

Mereka dengan niat bersama, merompak seorang wanita berusia 25 tahun dengan merampas sebuah telefon pintar milik mangsa.

Kesalahan dilakukan pada 25 April jam 6.15 petang di tepi jalan Lorong 3A, Taman Bukit Sepanggar, Indah Permai di sini.

Hukuman yang diperuntukkan jika sabit kesalahan, selain pemenjaraan boleh juga dikenakan sebat.

Hakim Ainul Mohamad Shahrin menetapkan pengurusan kes pada 7 Jun, dan tarikh perbicaraan pada 8 hingga 9 Ogos.

Sementara menunggu kes selesai, Abdul Satral diwakili peguam Farazwin Haxdy diberikan ikat jamin sebanyak RM10,000 dicagarkan seorang penjamin tempatan.

Manakala Alsan diperintahkan direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Hafizah Zahidah Abdul.

  • oleh
  • Advertisement