Anda di sini

Miliki peralatan judi haram, dua lelaki kena RM2,500

Advertisement

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret di sini hari ini, mengenakan denda RM2,500 atau penjara tiga bulan terhadap dua lelaki tempatan, kerana memiliki  peralatan judi haram.

Goh Hai Yuan, 40, dan Mohd Khuzairi Huzier, 23, masing-masing dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Sabit kesalahan, denda maksimum RM5,000 atau penjara selama empoh enam bulan, atau kedua-duanya.

 

Goh ditangkap polis pada 21 Januari jam 6.15 petang di sebuah kedai telefon bimbit, Manggatal di sini.

Tangkapan itu dilakukan setelah mendapat maklumat, terdapat seorang lelaki yang menjalankan aktiviti pertaruhan judi haram, di premis terbabit.

Turut dirampas sejumlah wang sebanyak RM63 dan sehelai kertas, tercatat angka-angka disyaki nombor haram.

Manakala Mohd Khuzairi ditangkap dalam satu serbuan yang dilakukan polis di sebuah restoran, setelah menerima maklumat pertaruhan loteri haram.

Polis merampas tiga helai kertas tercatat angka-angka dipercayai loteri haram, sebuah telefon bimbit, sebuah mesin cetak dan wang RM32.

Kesalahan dilakukan pada 15 Mac jam 6 petang di luar sebuah restoran, Manggatal.

Dalam pada itu, Stephanie juga memerintahkan semua wang yang dirampas diserahkan kepada Perbendaharaan Negara.

  • oleh
  • Advertisement