Anda di sini

Miliki MyKad orang lain, warga asing kena 24 bulan

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing yang memiliki kad pengenalan orang lain, dikenakan penjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhkan hukuman itu terhadap Saad Jamalul, 25, selepas kertas pertuduhan dibacakan dan mengaku salah.

 

Tertuduh didapati melakukan kesalahan itu pada 21 April jam 6 petang, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) di sini.

Atas kesalahan itu, Saad disabitkan mengikut Seksyen 25 (1) (o) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Hukuman yang diperuntukkan, penjara selama tempoh tiga tahun atau denda antara RM3,000 hingga RM20,000, atau kedua-duanya.

  • oleh
  • Advertisement