Anda di sini

Sebut semula kes persetubuhan luar tabii, mencederakan pada 25 Jun

Advertisement

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini, menetapkan sebutan semula kes pada 25 Jun terhadap seorang lelaki, yang didakwa melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencederakan seorang wanita.

Hakim Azreena Aziz membuat keputusan itu terhadap Jomian, 19, yang sebelum ini dirujuk ke hospital psikiatrik untuk pemantauan.

 

Mengikut pertuduhan, tertuduh memasukkan jarinya ke dalam kemaluan mangsa yang berusia 19 tahun, pada 28 April tahun lalu di sebuah kampung, daerah Papar.

Hukuman yang diperuntukkan mengikut Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan, penjara selama tempoh 20 tahun dan sebatan.

Tertuduh sekali lagi didakwa mengikut Seksyen 323 kanun sama, kerana mencederakan mangsa pada hari dan di tempat yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan penjara selama setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

  • oleh
  • Advertisement