Anda di sini

Peraduan ‘Jom Masak & Menang’ kembali lagi

Advertisement
 Miro (belakang, lima kanan) bergambar bersama Davender (belakang, lima kiri) dan kru lain dengan hadiah utama dan menarik disediakan pihak MAGGI® buat pemenang bertuah.
LUMAYAN: Miro (belakang, lima kanan) bergambar bersama Davender (belakang, lima kiri) dan kru lain dengan hadiah utama dan menarik disediakan pihak MAGGI® buat pemenang bertuah.

KUCHING: Berikutan kejayaan dan maklum balas positif mengenai Peraduan ‘Jom Masak & Menang’ pada tahun lalu, MAGGI® sekali lagi menganjurkan semula Peraduan Jom Masak & Menang Besar dengan edisi yang lebih hebat bagi menghargai para pelanggan setia di Sarawak sempena sambutan perayaan Hari Gawai.

Bermula pada 1 Mei sehingga 30 Jun, warga Sarawak berpeluang memenangi pelbagai ganjaran hebat menerusi ‘Peraduan MAGGI® Jom Masak & Menang Besar’, termasuklah hadiah utama iaitu sebuah trak pikap (Isuzu D-Max Z-Prestige), peralatan dapur bernilai RM8,000.

Selain hadiah mingguan berupa barangan gajet elektronik sepanjang tempoh peraduan berlangsung serta bonus wang tunai bernilai RM100 untuk setiap penyertaan ke 1,000 yang layak.

Penganjuran peraduan tahunan itu diadakan sempena sambutan Hari Gawai yang sejajar dengan usaha berterusan MAGGI® untuk mendekati dan menghargai para pelanggan setia pada musim perayaan sekali gus mengeratkan hubungan dalam kalangan keluarga dan sahabat handai.

MAGGI® sudah pun menjadi sebahagian daripada keperluan asas yang penting di dapur bagi masyarakat Sarawak sejak turun-temurun dari satu generasi ke generasi berikutnya.

Majlis pelancaran rasmi Peraduan MAGGI® Jom Masak & Menang Besar telah diadakan di Emart Batu Kawa, Sabtu lepas dan telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh.

Majlis pelancaran tersebut juga diteruskan dengan acara lapangan yang menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuklah demonstrasi masakan oleh Cef Muluk dari MAGGI®.

“Sambutan Hari Gawai merupakan sebuah perayaan penting yang mana ia bukan sahaja meraikan semangat perpaduan yang harmoni malah sebagai tanda kesyukuran.

“MAGGI® memberi anda keyakinan untuk menyediakan pelbagai juadah enak yang dijamin kelazatannya di samping peluang untuk mencipta pengalaman menarik setiap hari menerusi setiap masakan yang disajikan.

“Sejujurnya pihak MAGGI® juga amat berbesar hati kerana dapat membantu para pelanggan dan turut sama berada di samping mereka tatkala menyediakan sajian hidangan enak di sepanjang musim perayaan ini,” kata Pengurus Nestle Cawangan Sarawak Davender Singh Bawa Dave, sewaktu berucap pada majlis pelancaran tersebut baru-baru ini.

Perayaan Hari Gawai yang disambut penuh meriah dan harmoni oleh semua masyarakat berbilang kaum selari dengan nilai inti pati MAGGI® itu sendiri; cara paling berkesan untuk menyatukan serta mengukuhkan keakraban hubungan seisi keluarga dan seluruh komuniti adalah menerusi sajian hidangan yang lazat dan enak untuk dinikmati bersama.

“Menyediakan juadah berkhasiat di rumah kediaman merupakan cabaran besar kepada masyarakat masa kini terutamanya dengan peningkatan kadar isi keluarga yang bergantung kepada dua sumber pendapatan.

“Bagaimanapun, syabas kepada MAGGI® selaku sebuah jenama terkemuka yang berjaya memberikan penyelesaian cepat dan mudah bagi menyenangkan proses penyediaan makanan di rumah menerusi produk-produk yang dikeluarkan sekali gus menjadikan budaya makan bersama seisi keluarga dapat diteruskan pada zaman yang serba pantas dan mencabar ini,” tambah Miro.

Untuk menyertai Peraduan MAGGI® Jom Masak & Menang Besar, orang ramai hanya perlu membeli produk keluaran MAGGI dan simpan pembungkus sebagai bukti pembelian, jawab dua soalan mudah dan hantarkan borang penyertaan berserta bukti pembelian.

Anda boleh memilih untuk sama ada menghantarkan borang penyertaan ke alamat yang tertera di pembungkusan ataupun hantarkan ke kotak peraduan MAGGI® di mana-mana kedai berdekatan yang terpilih.

Dalam pada itu, MAGGI® turut mengumumkan produk mi segera terbaharu yang didatangkan dengan tiga perisa baharu iaitu MAGGI Pedas Giler, MAGGI Sup Tulang dan MAGGI Soto Ayam.

Untuk keterangan lanjut mengenai Peraduan ‘MAGGI® Jom Masak & Menang Besar’, sila layari laman web rasmi di www.maggi.com.my atau kunjungi laman sosial Facebook di www.facebook.com/MaggiMalaysia.

Advertisement