Anda di sini

Pengakap Labuan cetus utusan keamanan

Advertisement

LABUAN: Persekutuan Pengakap Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan telah mnganjurkan kursus Koordinator Messengers of Peace (MoP) di Labuan International School.

Seramai 24 pemimpin pengakap telah mengikuti program itu yang diadakan dengan kerjasama Labuan International School dan jurulatih MoP Kebangsaan daripada

Persekutuan Pengakap Malaysia diketuai oleh Dr Amir Hamzah Aman, Adha Fikris dan Yee Ting.

Pelbagai pengisian yang terdapat sepanjang kursus itu termasuklah sesi suai kenal, pendaftaran WOSM, kaedah memuat naik, pengiraan jam dan Facebook MoP, gerak kerja berpangkalan, pengurusan MoP di peringkat Kumpulan/Daerah, Hak cipta dan Harta Intelek MoP, penyediaan dan pembentangan kertas Projek serta pelan tindakan dan Aku Janji MoP.

Program MoP sebenarnya telah diperkenalkan pada tahun 2011.

Sepanjang kursus, peserta didedahkan dengan pelbagai tingkat pencapaian yang boleh digapai oleh ahli pengakap berumur 16-25 tahun.

MOHD Alias (duduk, tiga kanan) bersama peserta kursus Kordinator Messengers of Peace.
MOHD Alias (duduk, tiga kanan) bersama peserta kursus Kordinator Messengers of Peace.

Selain MoP, peserta juga didedahkan kepada program Scouts of the World Award (SWA), program World Scout Enviromental (SWE) dan Scouts Solar Project. Menjadi tugas dan tanggungjawab koordinator MoP untuk mempromosikan pencapaian itu kepada ahli pengakap di sini.

Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri WP Labuan Dato’ Sri Mohd Alias Abdul Rahman.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya Kebangsaan Dr Amir Hamzah Aman dan Skip Rosni Mohd Daud.

Dalam ucapannya, Mohd Alias menyatakan komitmen pasukan MoP WP Labuan yang akan membantu Pengakap Malaysia dalam meningkatkan khidmat jam yang dilaporkan dalam laman scout.org.

"PPM WP Labuan amat komited dalam pembangunan dan misi keamanan yang dibawa oleh pergerakan pengakap. Justeru, kordinator yang telah dilatih ini akan menjadi nadi kepada penyampaian mesej keamanan yang diinginkan," katanya.

Pada akhir kursus, peserta dianugerahkan dengan lencana MoP, skarf MoP dan sijil pengiktirafan kordinator yang disampaikan oleh para tetamu jemputan.

Advertisement