Anda di sini

Parti komponen BN tunjuk kerjasama baik

Advertisement
 

KOTA MARUDU: Kontroversi mengenai kerusi Matunggong sudah berakhir apabila parti komponen Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen P.168 Kota Marudu dilihat turun bersama-sama menjalankan kempen bagi memastikan BN mampu menawan semula kerusi Matunggong.

Apabila kempen memasuki hari ketiga pada Selasa, parti-parti komponen BN di kawasan ini memperlihatkan kerjasama yang baik dalam menjalankan kempen bersama-sama bagi membantu calon-calon yang dipilih memperoleh kemenangan di kawasan masing-masing.

Pada awal April, berlaku sedikit ketegangan apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Datuk Seri Dr Ahmad Zahid mencadangkan supaya Parti Bersatu Sabah (PBS) meminjamkan kerusi Matunggong kepada Umno demi memastikan BN mampu menawan semula kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRU13.

 Bekas Adun Matunggong Datuk Markus Majihi, Julita, Maximus dan Westrom berbincang ketika melawat PDM Pata.
DARI kirii: Bekas Adun Matunggong Datuk Markus Majihi, Julita, Maximus dan Westrom berbincang ketika melawat PDM Pata.

Dalam lawatan ke markas BN di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pata, Matunggong, Ketua Bahagian Umno Kota Marudu Datuk Wetrom Bahanda kelihatan hadir membantu menjayakan kempen yang dilaksanakan oleh calon-calon BN terdiri Datuk Seri Maximus Ongkili (Kota Marudu), Datuk Anita Baranting (Tandek) dan Julita Mojungki (Matunggong).

“Inilah kerjasama yang kita mahukan di dalam BN, kita saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Itulah yang membolehkan kita bekerjasama dengan baik untuk berkhidmat kepada rakyat,” kata Maximus.

Timbalan Presiden PBS itu adalah penyandang kerusi Parlimen Kota Marudu.

Sementara itu, Wetrom berkata BN sudah membawa banyak perubahan di Kota Marudu dalam aspek fizikal mahupun ekonomi. Pembangunan yang dilakukan itu harus diteruskan demi kepentingan masyarakat setempat.

Advertisement