Anda di sini

Limus utamakan bidang pendidikan

Advertisement

KUALA PENYU: Hasrat calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu Datuk Limus Jury menyumbangkan RM1.5 juta untuk dana pendidikan jika diberi mandat semula dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) merupakan berita gembira untuk rakyat di kawasan berkenaan.

Ahli Jawatankuasa BN Bahagian Beaufort Lokman Sunggim berkata ikrar itu dibuat oleh calon BN itu bagi memperkasa lagi bidang pendidikan di sini.

 

"Sumbangan itu sangat bermakna dan kita harus mengalu-alukannya bagi membantu pelajar yang dari keluarga kurang berkemampuan," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah pada majlis santai bersama pemimpin di Kampung Mansud, di sini.

Ketika menyatakan hasratnya memberi sumbangan peribadi itu kepada Yayasan Pendidikan beliau, Limus berkata, RM1 juta itu adalah sumbangan peribadi beliau dan ditambah dengan elaunnya sebagai wakil rakyat satu penggal kira-kira RM450,000 yang akan dimasukkan dalam yayasan berkenaan.

Menurutnya, sumbangan itu bagi membantu pelajar di daerah ini melanjutkan pelajaran ke peringkat kolej serta universiti awam dan swasta.

"Ini ikrar saya, sebaik saja diberi mandat sekali lagi untuk menjadi wakil rakyat, saya akan tunaikannya dan menyumbangkan RM1.5 juta ke dalam yayasan itu," katanya pada majlis itu.

Lokman yang juga naib ketua bahagian Upko Beaufort yakin pengundi kawasan ini akan memberi sokongan padu untuk membolehkan calon BN itu mempertahankan kerusi DUN Kuala Penyu.

Katanya, rekod baik sepanjang menjadi wakil rakyat akan merangsang pengundi memberi kemenangan semula kepada Limus.

LIMUS bersama rakan pemimpin yang lain mendengar masalah yang dikemukakan penduduk.
LIMUS bersama rakan pemimpin yang lain mendengar masalah yang dikemukakan penduduk.

"Kemenangan calon BN ini bermakna memberi ruang kepada beliau untuk meneruskan aktiviti dan perancangan untuk tempoh satu penggal lagi," katanya.

Turut hadir pada majlis itu, Bendahari BN Bahagian Beaufort yang juga Timbalan Ketua Bahagian Upko Beaufort Fredolin Penggo dan Ahli Jawatankuasa Upko Beaufort Jain Haji Bisnin.

Advertisement