Anda di sini

Inovasi Teropong Ajaib bawa tuah kepada Norhasiken

Advertisement

LABUAN: Inovasi Teropong Ajaib telah berjaya membawa tuah kepada Cikgu Norhasiken Mohd Dahli, guru pemulihan khas Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang apabila diumumkan penerima pingat perak dalam Pertandingan Mai Tah Berinovasi Peringkat Kebangsaan.

Pertandingan yang diadakan di pekarangan Dewan Konvensyen Ujana Kewangan itu menyaksikan hampir 80 penyertaan inovasi dari seluruh Malaysia bagi kategori amatur dan profesional.

Norhasiken menerima pingat itu daripada Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin, yang turut merasmikan pertandingan julung kali dianjurkan oleh Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Labuan itu.

Turut hadir ialah Ketua Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pendidikan Labuan Khaziyati Othman.

NORHASIKEN bersama sijil penghargaan dan pingat perak yang dimenanginya dalam Pertandingan Mai Tah Berinovasi Peringkat Kebangsaan.
NORHASIKEN bersama sijil penghargaan dan pingat perak yang dimenanginya dalam Pertandingan Mai Tah Berinovasi Peringkat Kebangsaan.

Menurut Norhasiken, dia mencipta teropong ajaib untuk menarik minat agar murid pemulihan khas lebih fokus pada PdPc terutama murid yang belum menguasai literasi dan numerasi nombor asas.

Beliau juga bercita-cita ingin memperbaiki alat inovasinya itu untuk menyertai pertandingan yang lain pada masa akan datang.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Guru Besar SK Lubok Temiang Awat @Cally Maguring serta seluruh warga SK Lubok Temiang yang banyak menyokong usaha saya selama ini,” katanya.

Sementara itu, Guru Pusat Sumber Al-Faaeq Hasnan Md Saad turut mengucapkan tahniah kepada Norhasiken yang turut mengharumkan nama SK Lubok Temiang.

“Kami berharap lebih banyak kejayaan akan diperolehi Norhasiken pada masa akan datang,” katanya.

Advertisement