Anda di sini

Wanita didakwa dorong lakukan pelacuran, diarah bela diri

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga asing diperintahkan membela dirinya pada 18 Mei, atas pertuduhan mendorong seorang wanita melakukan aktiviti pelacuran.

Hakim Noor Hafizah Mohd Salim membuat keputusan itu terhadap Haidya Eman, 28, selepas kes berkenaan ditutup pada peringkat akhir pendakwaan.

Dalam penghakiman itu, mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwaraya Dinesh Raja, berjaya membuktikan kes prima facie.

 

Mengikut pertuduhan, tertuduh mendorong Michelle Ebisa, 24, untuk melakukan kesalahan itu pada 4 November lalu jam 8.40 malam, di sebuah hotel, Jalan Berjaya 3, di sini.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 372 A Kanun Keseksaan, boleh dikenakan penjara selama tempoh 15 tahun dan sebat, atau dengan denda.

Tertuduh mula didakwa pada tahun lalu dan mengaku tidak bersalah, sementara menunggu kes selesai tiada jaminan ditawarkan.

Mahkamah memerintahkan Haidya terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

  • oleh
  • Advertisement