Anda di sini

Tiga dipenjara empat bulan masuk Sabah tanpa pas

Advertisement

KOTA KINABALU: Dua lelaki dan seorang wanita warga asing dikenakan penjara empat bulan oleh Mahkamah Sesyen, atas kesalahan memasuki negara ini tanpa pas yang sah.

Omar Andis, 35, Micheal Tai Hayon, 25, dan Jessie Malanog, 34, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Mahkamah juga memerintahkan Omar dan Micheal masing-masing dikenakan satu sebatan.

Mereka didapati melakukan kesalahan itu pada 20 hingga 28 April di daerah Papar, Ranau dan sekitar ibu negeri.

 

Semasa rayuan, ketiga-tiga tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman mereka diringankan dan segera dihantar pulang ke negara asal.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Cif Insp Lim Swee Beng meminta hukuman setimpal dikenakan.

Tamat tempoh pemenjaraan, semua tertuduh diperintahkan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

  • oleh
  • Advertisement