Anda di sini

'Special Interest Class' pendedahan kemahiran pelajar

Advertisement
 PARA pengendali kursus bergambar bersama warga sekolah dan tetamu jemputan.
PARA pengendali kursus bergambar bersama warga sekolah dan tetamu jemputan.

KOTA KINABALU: Pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Shan Tao kenali potensi diri menerusi Program 'Special Interest Class'.

Pengetua SMJK Shan Tao Lee Li Leng berkata, pihaknya adalah sekolah rintis di Kota Kinabalu bagi program Perantisan Industri Menengah Atas (Pima).

Katanya, program berkenaan salah satu pendedahan awal kepada golongan murid berkaitan kemahiran yang boleh menjadikan mereka lebih berkeyakinan apabila berada di dunia luar dari di sekolah.

Menurutnya, pelajar yang terlibat akan dibantu memahami dan mempelajari bidang kemahiran yang ditawarkan.

"Ia bertujuan mendidik pelajar untuk berdikari dan menpunyai kesedaran tentang hala tuju selepas tamat sekolah.

LEE (lima kanan) bersama pelajar dan pengendali kursus membuat roti.
LEE (lima kanan) bersama pelajar dan pengendali kursus membuat roti.

"Justeru, ia turut membantu pelajar memiliki matlamat yang jelas selepas tamat persekolahan," katanya pada majlis taklimat program berkenaan baru-baru ini.

Beliau berkata, sebanyak enam agensi yang datang untuk memberi taklimat berkaitan kelas kemahiran.

Program itu jelasnya, menyasarkan tawaran kepada pelajar Tingkatan 4 dan 5 yang tidak mengambil mata pelajaran elektif.

"Waktu kursus dijalankan setiap hari Jumaat bermula jam 2 hingga 5 petang.

SEBAHAGIAN ibu bapa yang menghadiri taklimat berkenaan.
SEBAHAGIAN ibu bapa yang menghadiri taklimat berkenaan.

"Pelajar bebas memilih bidang kemahiran yang ditawarkan berdasarkan minat masing-masing," katanya.

Menurutnya, antara kursus kemahiran yang ditawarkan termasuklah jahitan, membaik pulih telefon bimbit, automotif dan membuat roti.

  • oleh
  • Advertisement