Anda di sini

Likas adakan Pesta Kaamatan buat julung kali

Advertisement
CHIN (empat kiri) merakamkan gambar kenangan sebelum menyempurnakan gimik perasmian.
CHIN (empat kiri) merakamkan gambar kenangan sebelum menyempurnakan gimik perasmian.

KOTA KINABALU: Buat julung kalinya Likas mengadakan Pesta Kaamatan dengan menampilkan peserta Unduk Ngadau dan Sugandoi.

Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas Chin Shu Ying berkata, kini Likas turut akan mempunyai wakilinya tersendiri untuk pertandingan Unduk Ngadau dan Sugandoi di peringkat negeri nanti.

"Kebudayaan asas perpaduan dan persaudaraan adalah tema digunakan pada pesta kali ini bersesuaian dengan masanya kerana elemen itu pemangkin utama ke arah memupuk semangat kekeluargaan dan kekitaan.

"Ini juga tanggungjawab dan peranan kita bagi memastikan perpaduan dan keharmonian melalui kebudayaan dapat dipupuk seterusnya diwariskan kepada generasi akan datang," katanya ketika merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Likas 2018, di sini pada Selasa.

Beliau yang juga Pemimpin Pembangunan Masyarakat Likas berkata, melalui sambutan seumpamanya, ia adalah landasan baik bagi mendedahkan kesenian dan kebudayaan kaum bumiputera Sabah kepada pelancong serta masyarakat tempatan.

Katanya, landasan itu juga mampu memupuk perpaduan dan persefahaman yang kukuh dalam kalangan masyarakat.

"Sudah pasti aktiviti kebudayaan ini mampu membolehkan masyarakat di negeri ini dan luar memahami budaya tempatan kita," katanya.

Sementara itu, seramai 10 peserta Unduk Ngadau dan lima peserta Sugandoi Pesta Kaamatan peringkat Likas berentap di pusingan akhir.

  • oleh
  • Advertisement