Anda di sini

Lelaki didakwa curi tiga powerbank

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing berhadapan hukuman penjara, apabila didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan mencuri tiga buah powerbank.

Irwan Abdin, 23, melakukan kesalahan itu di sebuah kedai pusat membeli-belah Suria Sabah, di sini, pada 24 April.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, penjara selama tempoh sepuluh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

 

Majistret Stephanie Sherron Abbie menetapkan pada 18 Mei untuk pengurusan kes terhadap Irwan, yang mengaku tidak bersalah.

Sementara menunggu kes selesai, Pegawai Pendakwa Insp Suzie@Stephanie Kupit tidak mencadangkan ikat jamin diberikan kerana tertuduh tidak memiliki dokumen diri.

Mahkamah memerintahkan tertuduh yang tidak diwakili peguam, terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah .

  • oleh
  • Advertisement