Anda di sini

Kesalahan seksual: Pemuda ketahui nasib 17 Jun

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang pemuda yang didakwa melakukan kesalahan seksual terhadap dua kanak-kanak lelaki dan dua remaja lelaki, akan mengetahui nasibnya pada 17 Jun.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menetapkan tarikh itu terhadap Mohd Hafis Jarasid untuk jatuh hukum dan fakta kes, sementara menunggu laporan akhlak disediakan.

Keputusan itu dilakukan terhadap tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Mohd Hafis yang berusia 19 tahun, menukar pengakuan kepada bersalah yang mana sepatutnya untuk perbicaraan.

 

Pada 17 hingga 24 September tahun lalu di sebuah kampung, daerah Papar, tertuduh melakukan kesalahan itu terhadap mangsa yang berusia 14 tahun, 12 tahun, sembilan tahun dan 13 tahun.

Dalam pada itu, Mohd Hafis juga didakwa atas empat pertuduhan mengikut Seksyen 14 (b) akta sama, atas kesalahan sama.

Hukuman yang diperuntukkan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan penjara selama tempoh 20 tahun dan sebat.

  • oleh
  • Advertisement