Anda di sini

Fajar kebangkitan kemakmuran Tungku

Advertisement
 

TUNGKU: Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 di Sabah akan menerbitkan fajar kebangkitan baru yang menebarkan cahaya kemakmuran  di seluruh negeri, khususnya di luar bandar seperti kawasan Dewan Undangan Negeri Tungku.

Selain itu, kemenangan BN juga akan memperhebatkan program pembangunan sosioekonomi menyeluruh untuk mencapai hasrat mulia kerajaan BN bagi mewujudkan  kesejahteraan dan kemakmuran yang adil dan saksama.

Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Silam, Mizma Appehdullah (gambar), dalam edisi terbaru Citra Wanita Umno Silam, kemenangan BN juga akan memastikan hak-hak mutlak rakyat Sabah lebih terjamin di samping mempertahankan kedaulatan dan keselamatan Sabah dalam Malaysia.

 

Beliau yang bertanding atas tiket BN di kerusi DUN Tungku, yakin dengan kemenangan mutlak BN akan mempermudah proses pembinaan negara bangsa selain menghapuskan sentimen kenegerian dan kesukuan yang kembali dipekikkan oleh golongan `regionalis' sempit.

Menurutnya, tidak ada parti politik di negeri ini yang memiliki program politik dan ekonomi yang menyeluruh seperti BN.

Katanya, semua program pembangunan ekonomi dan politik tersebut tercantum utuh dalam manifesto BN Pusat dan Negeri.

"Kerana itu kita harus bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN, agar keselamatan, kedaulatan dan keharmonian rakyat terus terpelihara.

“Perjuangan untuk memperhebatkan taraf hidup dan sosioekonomi rakyat, khususnya di luar bandar, harus berjalan terus.

"Kita tidak boleh berhenti di suatu puncak. Pembangunan juga tidak ada batas tertentu. Ia harus berjalan terus sesuai perkembangan semasa dan keperluan serta kepentingan rakyat," katanya.

Mizma berkata dasar-dasar pembangunan itu yang diterapkan kerajaan BN negeri seperti terkandung dalam dasar halatuju pembangunan negeri yang diterajui oleh Umno sejak memerintah lebih 20 tahun lalu.

Katanya, dasar halatuju pembangunan menyeluruh dan meliputi semua daerah merangkumi semua aspek kehidupan rakyat. Tidak ada kawasan terpinggir dan tidak ada suku kaum dan kepercayaan serta agama yang tersisih.

Sehubungan itu, katanya, dasar-dasar yang mengutamakan kepentingan rakyat dan negeri ini harus diteruskan.

"Kerana itu, rakyat perlu memberi kemenangan mutlak kepada BN, demi menjamin keselamatan, kedaulatan, kemakmruan dan kesejahteraan yang adil dan saksama," katanya.

Advertisement