Anda di sini

Daeshin Trading tawar perabot selesa dengan sentuhan moden

Advertisement
 Amy (tengah) bersama Alvin (empat kanan) diapit rakan kongsi yang lain memotong reben perasmian  pembukaan Daeshin Trading (M) Sdn Bhd di Kuching semalam.
DIBUKA: Amy (tengah) bersama Alvin (empat kanan) diapit rakan kongsi yang lain memotong reben perasmian pembukaan Daeshin Trading (M) Sdn Bhd di Kuching semalam.

KUCHING: Perabot berinovasi keluaran Daeshin Trading (M) Sdn Bhd (Daeshin) memberi kepuasan kepada pelanggan yang mahukan keselesaan dengan sentuhan kreatif moden.

Pengarah Eksekutif (Daeshin) Alvin Chong berkata, pihaknya menjual perabot 100 peratus buatan China dan ia boleh diubah suai mengikut cita rasa pembeli.

“Biasanya selepas pembeli menunjukkan minat, kita akan menyukat tempat di mana mereka mahu kita letakkan perabot berkenaan.

“Kemudian pihak kami akan meminta pelanggan membuat pembayaran sebanyak 60 peratus wang deposit daripada keseluruhan bayaran dan kita akan membuat pesanan dari negara China.

“Dalam tempoh 60 hari atau sebelum itu, perabot akan dipasang dan pembeli perlu membuat pembayaran baki 40 peratus,” katanya semalam.

Antara produk yang disediakan Daeshin ialah perabot bagi bahagian dapur, bilik mandi, ruang tamu, ruang makan dan bilik tidur.

Pada masa sama, Daeshin turut mengadakan promosi dengan setiap pembayaran deposit sebanyak RM3,000 akan diberikan peket angpau dan pembayaran RM5,000 deposit akan diberi wang rebat sebanyak RM300.

Manakala untuk bayaran RM20,000 akan diberikan penapis air dan RM40,000 bayaran deposit akan diberikan mesin penapis air. Bagaimanapun semuanya terhad untuk 30 pelanggan pertama sahaja.

Daeshin merupakan perabot yang diminati dan terletak di dalam senarai 10 perabot terbaik di China dan mempunyai lebih daripada 2,500 francais di Tanah Besar China.

Sementara itu, Daeshin Kuching merupakan yang pertama di Malaysia dan Sarawak.

Daeshin beroperasi dari Isnin sehingga Sabtu bermula jam 9 pagi sehingga 6 petang dan pada cuti umum dan hari Ahad bermula pada jam 10 pagi hingga 3 petang.

Majlis pelancaran Daeshin Kuching semalam telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Amy Tnay diiringi Pengarah Urusan Daeshin Kuching Jee Tze Liang, pengarah Lim, pengarah Jessy Jee, pengarah Voon Mei Ling dan pengurus pemasaran dan jualan Amy Chong.

Advertisement