Anda di sini

APMM tahan empat pengebom ikan warga asing

Advertisement
PERALATAN bom ikan yang ditemukan di dalam bot pam dinaiki suspek.
PERALATAN bom ikan yang ditemukan di dalam bot pam dinaiki suspek.

KOTA KINABALU: APMM menahan empat nelayan warga asing bersama sejumlah ikan yang dipercayai ditangkap menggunakan bom ikan di perairan Pulau Gaya, petang Selasa.

Pengarah Maritim Daerah Kota Kinabalu Laksamana Pertama Adam Aziz berkata pihaknya turut menahan bot pam yang tidak mempunyai nombor pendaftaran semasa menjalankan Ops Sejahtera sekitar jam 5.55 petang.

“Semasa anggota Bot Pengawal 38 melakukan pemeriksaan terhadap bot pam terbabit, juragan dan tiga awak-awak warga asing berumur 15 hingga 60 tahun terbabit didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri sah.

“Bot yang dalam perjalanan dari arah Betung Beruas menuju ke Pulau Gaya itu turut membawa sejumlah ikan yang ditangkap menggunakan bom ikan,” katanya.

Menurutnya kesemua suspek dan bot pam kemudiannya ditahan sebelum dibawa ke Jeti Maritim Sepanggar untuk tindakan selanjutnya.

SEBAHAGIAN daripada hasil tangkapan ikan di dalam bot suspek.
SEBAHAGIAN daripada hasil tangkapan ikan di dalam bot suspek.
  • oleh
  • Advertisement