Anda di sini

Yong kekal terajui kepimpinan KKJA

Advertisement
TIMBALAN Konsul Jeneral Republik China di Kota Kinabalu Zhang He (tujuh kiri) bersama Yong serta tetamu kehormat yang juga penasihat KKJA yang lain bergambar dengan penerima Anugerah Pelajar Cemerlang.

KOTA KINABALU: Ketua Pemberita See Hua Daily News Yong Ted Phen terus diberi kepercayaan menerajui kepimpinan Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA) bagi tempoh 2018-2021.

Yong memegang jawatan pengerusi KKJA itu bagi penggal kedua selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan jawatankuasa pada kali ini.

PENGURUS Operasi Kawasan Sabah KTS Trading Sdn Bhd Wong Kee Mee (kiri) menyampaikan anugerah kepada salah seorang ahli KKJA yang menerima bagi pihak anaknya, turut kelihatan Yong (tengah).
PENGURUS Operasi Kawasan Sabah KTS Trading Sdn Bhd Wong Kee Mee (kiri) menyampaikan anugerah kepada salah seorang ahli KKJA yang menerima bagi pihak anaknya, turut kelihatan Yong (tengah).

Barisan jawatankuasa KKJA menampilkan beberapa muka baharu dan muka lama bagi menerajui persatuan yang ditubuhkan sejak 26 tahun itu.

Yong berkata, pengalaman ahli lama itu diharap dapat menyuntik semangat kepada ahli baharu supaya dapat bekerjasama bagi memastikan KKJA terus relevan dengan keadaan semasa.

“Kami akan berusaha melakukan yang terbaik untuk persatuan ini bagi tempoh tiga tahun akan datang,” katanya ketika berucap sempena Mesyuarat Agung Tahunan KKJA dan Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang, di sini pada Selasa.

PRESIDEN Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Kota Kinabalu Datuk Michael Lui (kiri) menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang kepada Editor Sukan Utusan Borneo Hassim Othman yang mewakili anaknya, turut kelihatan Yong.

Jawatankuasa KKJA baharu adalah Tang Pok Ngai (Timbalan Pengerusi), Kwan Sui Wan dan Nancy Lai (Naib Pengerusi), Ng Sin Yee (Setiausaha), Chuah Kim Huat (Penolong Setiausaha), Yee Kiet Ying @Adriana (Bendahari) dan Lester J Bingkasan (Penolong Setiausaha).

Ketua biro lain termasuklah Lo Teck Loong, Suraidah Roslan, Tseu Kui Yin @James dan Jamsreneen Jamaron. Ahli jawatankuasa lain adalah Jimmy Goh, Chok Sim Yee dan Angela Tan.

Dalam majlis itu, KKJA turut menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang kepada 33 anak ahli persatuan yang memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran.

Pemberian anugerah itu diharap dapat memberi motivasi kepada anak-anak ahli KKJA supaya terus memperoleh keputusan yang cemerlang dalam pelajaran dan juga aktiviti kokurikulum. Anugerah itu ditaja oleh Konsul Jeneral Republik China di Kota Kinabalu.

Yong memaklumkan jawatankuasa dan tetamu kehormat yang hadir bahawa KKJA merancang untuk menghasilkan sebuah buku mengenai kehidupan wartawan.

YONG (lima kanan) mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan KKJA.
YONG (lima kanan) mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan KKJA.

Pada tahun lalu, KKJA menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Paling Lama kepada 30 ahli yang berada dalam industri ini untuk tempoh 25 tahun sempena sambutan Jubli Perak KKJA.

“Kami merancang untuk menghasilkan buku berkisar tentang wartawan veteran ini bagi memperlihatkan bagaimana dunia kewartawanan berkembang mengikut peredaran masa.

"Melalui perkataan dan gambar, kita dapat berkongsi kisah kejayaan, kesukaran serta memori yang pahit dan manis yang pernah dilalui para wartawan veteran,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement