Anda di sini

Satu maut, dua cedera ditetak rakan

Advertisement
 

KINABATANGAN: Seorang lelaki maut manakala dua lagi rakan sekerja termasuk seorang wanita cedera akibat ditetak semasa pergelutan dengan suspek di perumahan pekerja sebuah ladang di Bukit Mas (Litang Utara), di sini pada pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A Sahak Rahmat berkata suspek lelaki berumur 35 tahun yang disyaki mengalami gangguan mental semasa kejadian, berjaya ditangkap di tempat kejadian pada hari yang sama.

Beliau berkata semasa kejadian yang berlaku pada jam 10.30 malam, mangsa pertama, lelaki berumur 47 tahun dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat beberapa tetakan di bahagian badan iaitu di kepala, pipi kiri, dahi dan belakang.

Mangsa kedua, seorang wanita berumur 27 tahun, cedera dengan satu kesan tetakan di bahagian kepala manakala mangsa ketiga, lelaki berumur 33 tahun cedera dengan kesan lebam di bahagian kening sebelah kiri.

Terdahulu itu, Sahak berkata pihak polis menerima panggilan telefon daripada orang awam kira-kira jam 12.35 tengah malam pada 30 April memaklumkan mengenai kejadian bunuh itu.

  • oleh
  • Advertisement