Anda di sini

Ribuan beri penghormatan kepada Azru

Advertisement
 Keranda Arzu diiringi anggota tentera semasa upacara pengebumiannya di Bandar raya Guatemala kelmarin. — Gambar AFP
HORMAT: Keranda Arzu diiringi anggota tentera semasa upacara pengebumiannya di Bandar raya Guatemala kelmarin. — Gambar AFP

BANDAR RAYA GUATEMALA: Ribuan rakyat Guatemala memberi penghormatan terakhir kelmarin ketika bekas presiden Alvaro Arzu, yang membantu menamatkan perang saudara selama 36 tahun di negara ini, disemadikan.

Orang ramai memenuhi jalan utama pejalan kaki di ibu negara, Sixth Avenue, melaungkan namanya dan melontar bunga mawar putih ke arah keranda beliau ketika ia bergerak melalui di atas pedati meriam.

Keranda kayu berwarna coklat, ditutupi bendera biru merah Guatemala, diapit oleh anggota tentera ketika ia bergerak perlahan-lahan dari Istana Budaya Negara ke bangunan Perbandaran, ibu pejabat politiknya sebagai datuk bandar sebanyak lima kali.

Arzu meninggal dunia pada Jumaat lepas semasa berusia 72 tahun selepas mengalami serangan jantung ketika bermain golf.

Pada Disember 1996, kerajaan Arzu dan gerila Revolusi Perpaduan Kebangsaan Guatemala (URNG) menandatangani perjanjian damai bagi menamatkan perang saudara 1960-1996.

Konflik itu menyebabkan 200,000 terkorban dan hilang, kebanyakannya akibat penindasan tentera.

Pihak tentera turut memberi penghormatan terakhir dengan tembakan hormat 21 das dan perarakan disertai empat helikopter yang terbang di atasnya.

“Kami akan merindui beliau, beliau adalah seorang pemimpin yang hebat yang membantu ramai orang,” kata suri rumah, Marina Barios.

Mayat Arzu akan dikebumikan dalam upacara keke-luargaan persendirian di bandar Antigua, Guatemala.

Arzu adalah ahli politik yang terkenal dan kontroversi yang dilantik sebagai datuk bandar Bandar raya Guatemala sebanyak lima kali.

Pejabat pendakwa raya Guatemala membuka siasatan rasuah terhadap beliau pada tahun lepas, menuduh beliau membiayai kempen haram.

Presiden Jimmy Morales mengiktiraf legasi kedamaian Arzu dalam satu acara rasmi negara Sabtu lepas. — AFP

Advertisement