Anda di sini

Pemandu pelancong tambahan diperlukan

Advertisement
ROSMADI (berdiri, enam kanan) merakamkan gambar kenangan dalam majlis itu.
ROSMADI (berdiri, enam kanan) merakamkan gambar kenangan dalam majlis itu.

KOTA KINABALU: Tenaga kerja mahir tambahan diperlukan untuk berkhidmat sebagai pemandu pelancong bagi memenuhi permintaan dalam industri pelancongan Sabah.

Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datu Rosmadi Datu Sulai berkata, corak perjalanan pelancong kini berubah dan semakin meningkat di sini, kementerian menerusi Lembaga Pelancongan Sabah perlu lebih proaktif untuk menyampaikan perkhidmatan lebih baik kepada pelancong.

"Kita sangat menggalakkan kedatangan Pengembara Persendirian Bebas (FIT) untuk menerokai sendiri destinasi-destinasi pelancongan di sini.

"Kami berharap dengan pengenalan bantuan pelancong mudah alih yang baharu, kita dapat menyediakan perkhidmatan asas garis panduan sepanjang tempoh mereka melawat di Sabah," katanya ketika menyempurnakan pelancaran Pengenalan Bantuan Pelancong Mudah Alih, di sini, petang Ahad.

Beliau berkata, bantuan mudah alih itu dikenali sebagai Mi atau Mobile Information adalah perkhidmatan tambahan kepada kaunter informasi yang terletak di Pejabat Pelancongan Sabah.

Katanya, Mi itu akan ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK), jeti Jesselton Point dan pusat beli-belah yang terpilih sahaja.

"Kita harus menjadikan Sabah sebagai contoh terbaik dalam meningkatkan layanan baik kepada pelancong," katanya.


 

  • oleh
  • Advertisement