Anda di sini

Jangan mudah percaya isu dibawa pembangkang

Advertisement
PARA  penduduk kampung Kuamut yang merupakan penyokong kuat BN menyatakan sokongan pada kedua-dua calon BN iaitu Masiung dan Bung Moktar.
PARA penduduk kampung Kuamut yang merupakan penyokong kuat BN menyatakan sokongan pada kedua-dua calon BN iaitu Masiung dan Bung Moktar.

KINABATANGAN: Rakyat jangan mudah percaya dengan pihak pembangkang yang menabur fitnah kepada calon Barisan Nasional (BN).

Calon BN DUN Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata pelbagai isu yang ditabur oleh pihak pembangkang terutamanya isu tanah.

"Mereka (pembangkang) ini tabur fitnah dalan media sosial yang mendakwa saya dan Dato Sri Bung Moktar yang merupakan calon BN Parlimen Kinabatangan ini ambil tanah penduduk kampung. Mereka racun fikiran rakyat untuk membenci calon BN," katanya.

 

Masiung berkata geran-geran tanah di kawasan DUN Kuamut telah diserahkan pada penduduk yang sekian lama menunggu geran tanah mereka.

"Lepas ini, saya meletakkan isu tanah penduduk akan menjadi keutamaan dalam manifesto saya. Saya akan minta kerajaan BN keluarkan geran-geran tanah pada penduduk yang belum menerimanya," katanya.

Beliau berkata ia dan Dato Sri Bung akan terus bersama menyediakan pembangunan di setiap kampung.

Beliau berkata demikian pada majlis pemimpin bersama rakyat bersama calon BN yang juga Pengerusi Penyelaras BN Parlimen Kinabatangan Dato Sri Bung Moktar Radin di Kampung Inarad, Kampung Kuamut dan Kampung Balat pada Isnin.

Pada majlis itu, Masiung akan menyelesaikan isu jalan raya di Kampung Kuamut yang tersekat pembangunannya kerana melalui hutan simpan.

"Saya akan selesaikan isu ini agar pembangunan jalan raya ini diselesaikan dan dikemukakan pada kerajaan BN," katanya.

Beliau menambah usaha menyelesaikan masalah rakyak yang dikemukakan akan kita selesaikan selepas BN memerintah semula.

MASIUNG (kiri) bersama Bung Moktar bersalaman dengan penduduk Kampung Kuamut.
MASIUNG (kiri) bersama Bung Moktar bersalaman dengan penduduk Kampung Kuamut.
  • oleh
  • Advertisement