Anda di sini

Fokus pembangunan untuk manfaat rakyat

Advertisement
 

KINABATANGAN: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kinabatangan Dato Sri Bung Radin memfokuskan pembangunan bagi manfaat rakyat.

Pengerusi Penyelaras BN Parlimen Kinabatangan akan terus memfokus penyediaan pembangunan di kawasan kampung-kampung dalam Parlimen Kinabatangan.

"Saya yakin dan percaya rakyat akan terus menyokong BN berdasarkan pencapaian kita menyediakan pembangunan di Kinabatangan," katanya.

Bung Moktar berkata kerajaan telah memperuntukkan jumlah yang besar dalam pembangunan 2013-2018 di Parlimen Kinabatangan.

 BUNG Moktar bersama Masiung bersalaman dengan masyarakat kampung di Inarad.
BUNG Moktar bersama Masiung bersalaman dengan masyarakat kampung di Inarad.

"Kita sedar masih banyak lagi pembangunan yang perlu kita bawa kepada rakyat dan pelaksanaannya secara berperingkat-peringat," katanya.

Beliau berkata Parlimen Kinabatangan ini seluas negeri Pahang dan hanya mempunyai satu parlimen dan dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Kuamut dan Sukau.

"Oleh itu, kita akan laksanakan secara berperingkat-peringat dan kepimpinan kerajaan dibawah Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman amat prihatin untuk kita di luar bandar," katanya.

Bung Moktar berkata demikian semasa melawat Pusat Daerah Pengundi (PDM) Kampung Inarad, Kampung Kuamut dan Kampung Balat bersama calon BN DUN Kuamut Datuk Masiung Banah pada Isnin.

Kedua-dua pemimpin ini merupakan penyandang kawasan berkenaan telah bertemu penyokong BN bagi berkempen PRU14 dan mendengar permasalahan rakyat yang diajukan.

"Kita akan selesaikan masalah elektrik, masalah air bersih, jalan raya dan dewan serta kemudahan lain selepas BN memenangi PRU14," katanya.

Bung Moktar turut mengingatkan pada penyokong BN agar memperkukuhkan perpaduan dan memberi sokongan pada BN.

PEMIMPIN serta para penyokong BN di Inarad bergambar bersama Bung Moktar.
PEMIMPIN serta para penyokong BN di Inarad bergambar bersama Bung Moktar.

"Jangan ambil mudah sebalik jentera BN melipatgandakan kerja-kerja mendekati pengundi," katanya.

Turut hadir, Bendahari BN Kinabatangan Rahia Arpahi, Ketua Puteri Umno Kinabatangan Norhayati KK Titing dan para pemimpin masyarakat.

  • oleh
  • Advertisement