Anda di sini

Everrise BDC, Taka Cake House beri baucar diskaun untuk kek Hari Ibu terpilih

Advertisement
 Eksekutif Kanan Everrise BDC Siaw Siew Tiong (kiri sekali), Penyelia Jualan Taka Cake House Noreena Adris (dua kiri), Penyelia Everrise BDC Mong Majit (dua kanan) dan Penyelia Jualan Taka Cake House BDC Teresa menunjukkan promosi sempena sambutan Hari Ibu kepada orang ramai di Kuching, semalam.
PROMOSI: Eksekutif Kanan Everrise BDC Siaw Siew Tiong (kiri sekali), Penyelia Jualan Taka Cake House Noreena Adris (dua kiri), Penyelia Everrise BDC Mong Majit (dua kanan) dan Penyelia Jualan Taka Cake House BDC Teresa menunjukkan promosi sempena sambutan Hari Ibu kepada orang ramai di Kuching, semalam.

KUCHING: Bersempena sambutan Hari Ibu, Everrise BDC dengan kerjasama Taka Cake House akan memberikan baucar diskaun untuk kek Hari Ibu terpilih sahaja bagi memberi ganjaran kepada pelanggan yang dihargai.

Dengan setiap pembelian RM50 dan ke atas dalam satu resit di Everrise BDC, pelanggan layak menerima baucar diskaun sebanyak 15 peratus untuk pembelian kek Hari Ibu di Taka Cake House RH Plaza dan di cawangannya, BDC.

Promosi ini sah dari 1 hingga 13 Mei ini. Untuk maklumat lanjut, sila semak di Everrise BDC.

Advertisement