Anda di sini

Dua bom nekad gegar Kabul

Advertisement
 Anggota polis bergegas membantu wartawan dan mangsa letupan bom kedua di Kabul, Afghanistan semalam. — Gambar Reuters
TRAGIS: Anggota polis bergegas membantu wartawan dan mangsa letupan bom kedua di Kabul, Afghanistan semalam. — Gambar Reuters

KABUL: Empat maut apabila bom nekad meletup di tengah Kabul, segera diikuti letupan kedua di tengah-tengah sekumpulan wartawan di tempat kejadian semalam, menurut polis.

Letupan kedua berlaku beberapa minit selepas yang pertama dan menyasarkan wartawan yang berada di tempat kejadian, jurucakap polis Kabul Hashmat Stanikzai memberitahu AFP.

“Letupan kedua berlaku di kawasan yang sama. Kami tidak mengetahui sifat letupan tersebut, namun ia adalah di lokasi yang sama,” jurucakap kementerian dalam negeri Najib Danish memberitahu AFP.

Bom pertama diletupkan oleh penyerang yang menunggang motosikal dan menyebabkan sekurang-kurangnya empat maut dan lima tercedera, menurut pihak kementerian dalam negeri.

Serangan awal berlaku sejurus sebelum jam 8 pagi waktu tempatan berhampiran ibu pejabat perkhidmatan perisikan Afghanistan, kata Danish.

Tiada kumpulan yang me-ngaku bertanggungjawab.

Ia berlaku beberapa hari selepas Taliban melancarkan serangan musim bunga  dalam penolakan ketara terhadap permintaan agar militan itu menerima tawaran kerajaan Afghanistan bagi rundingan damai.

Semasa pengumuman kum-pulan itu berjanji akan me-nyasarkan pasukan tentera Amerika Syarikat dan “ejen perisikan mereka” terma-suk “penyokong dalaman” mereka. — AFP

Advertisement