Anda di sini

BN tunai 99.4 peratus manifesto PRU13

Advertisement
 

SANDAKAN: Barisan Nasional (BN) telah berjaya menunaikan sebanyak 99.4 peratus daripada manifestonya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, ia berbeza dengan manifesto tidak bernilai yang dibuat oleh pihak pembangkang di mana mereka tidak mampu memenuhi walaupun sekadar keperluan asas seperti bekalan air dan isu sampah yang tidak terurus.

"Situasi ini boleh dilihat di Selangor yang ditadbir oleh pembangkang. Mereka gagal menguruskan isu-isu asas ini," katanya ketika merasmikan bangunan SK Kampung Bahagia di Batu Sapi, di sini pada Isnin.

NAJIB (dua kanan) memotong riben sebagai simbolik perasmian bangunan SK Kampung Bahagia sambil diperhatikan Musa.
NAJIB (dua kanan) memotong riben sebagai simbolik perasmian bangunan SK Kampung Bahagia sambil diperhatikan Musa.

Hadir sama, Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman, calon BN bagi Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin, calon BN DUN Karamunting Lim Kai Ming dan calon BN DUN Sekong Datuk Samsudin Yahya.

Najib yang juga pengerusi BN komited mahu menghapuskan jurang pembangunan di Sabah dan Sarawak dalam usaha memastikan dua negeri ini dapat menikmati kesinambungan pembangunan seperti di Semenanjung.

"Ini dapat dilihat bukan sahaja menerusi pembinaan Lebuhraya Pan Borneo tetapi juga melalui penyaluran peruntukan untuk sekolah dan pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

"Saya percaya rakyat akan terus menikmati pembangunan seumpama ini sekiranya BN akan menang pada PRU14. Penduduk terutama di Batu Sapi akan menikmati lebih banyak pembangunan dalam bentuk PPR kerana kita akan bina lebih banyak PPR," jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat di Parlimen Batu Sapi supaya bijak memilih pemimpin yang mampu membawa pembangunan sekaligus mengubah kehidupan mereka.

  • oleh
  • Advertisement