Anda di sini

AJK PKR Tuaran letak jawatan dan sertai BN

Advertisement
 

TUARAN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima tamparan hebat pada Ahad apabila ahli jawatankuasa bahagian parti itu di Tuaran yang juga ketua daerah mengundi meletak jawatan dan menyertai Barisan Nasional (BN).

Diketuai oleh timbalan pengarah pilihanraya untuk P.170 Tuaran merangkap timbalan penyelaras Tamparuli, Rajimit Gunong, langkah itu telah melumpuhkan keseluruhan operasi pejabat PKR Tuaran di sini.

Rajimit berkata mereka telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti di peringkat bahagian dan negeri iaitu Ombilod Onul dan Christina Liew.

"Mereka tidak boleh dipercayai," katanya dalam satu majlis ringkas yang dihadiri calon BN bagi kawasan Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan calon BN bagi kerusi DUN Tamparuli Datuk Jahid Jahim.

 RAJIMIT menanggalkan bendera PKR dan menggantikannya dengan bendera BN.
RAJIMIT menanggalkan bendera PKR dan menggantikannya dengan bendera BN.

Dalam hal ini, Rajimit berkata selepas membuat pertimbangan yang teliti mereka memutuskan untuk menyokong BN, yang telah terbukti mempunyai rekod prestasi yang tidak tercemar.

Madius dalam ucapan balasnya mengucapkan tahniah kepada kumpulan 12 orang yang merupakan ahli jawatankuasa bahagian PKR Tuaran kerana membuat keputusan yang tepat.

Beliau berkata perkembangan terbaharu itu seharusnya menjadi contoh untuk difikirkan oleh mereka yang masih 'di luar'.

"Saya harap mereka akan mengikuti jejak langkah Rajimit dan rakan-rakannya," katanya sambil menambah, Rajimit dan rakan-rakannya bebas menyertai mana-mana parti komponen BN yang mereka pilih.

Selepas itu, beliau menyaksikan bendera PKR ditanggalkan di premis itu oleh Rajimit dan menggantikannya dengan bendera BN.

Menurut Madius, sekarang pejabat itu telah diubah menjadi premis BN, ia akan terus beroperasi tetapi dengan objektif yang berbeza iaitu untuk mendapatkan sokongan untuk BN.

Selain Rajimit, yang lain bersama beliau ialah ketua penyelaras PKR Mangkaladoi (JDM), Lagui @Jaimin Gutut, Bendahari PKR Tuaran merangkap Pengerusi JDM Bandar Tan Chu Eng, AJK merangkap pengerusi JDM Berungis Lamat Majid, AJK merangkap pengerusi JDM Kg Marabahai Saibon Mion, pengerusi JDM Topokon Pulasung Timuk, Ketua Wanita PKR Sulaman Halimah Paluh, setiausaha eksekutif Benini Satur, AJK bersama Rongolis Ketua JDM Josh Malas, AJK merangkap pengerusi JDM Sawah Tion Ujoh, pengerusi JDM Rani Roimin Sulidan dan AJK, Martin Yasin.

  • oleh
  • Advertisement