Anda di sini

200 pelajar sertai Program Motivasi bersama Imam Muda Asyraf

Advertisement
PESERTA  program motivasi merakamkan gambar kenangan bersama Asyraf.
PESERTA program motivasi merakamkan gambar kenangan bersama Asyraf.


TUARAN: Seramai 200 pelajar Tingkatan 4 SMK Badin berpeluang mengikuti Program Motivasi bersama Imam Muda Asyraf Mohd Ridzuan bertempat di Masjid An Nur, di sini pada Jumaat.

Program yang julung-julung kalinya dilaksanakan di daerah ini berkenaan merupakan kelolaan bersama Pewanis PPD Tuaran serta Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Badin dan ditaja oleh Bank Rakyat Cawangan Likas.

Dalam kesempatan itu, para pelajar berpeluang mengenali dan mendengar ceramah motivasi yang disampaikan oleh Asyraf.

Turut hadir, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran Tah Nia Haji Jaman, Pengerusi Permuafakatan PPD Tuaran Roslani Abdullah, Pengurus Bank Rakyat Cawangan Likas Roslan Tuah, wakil Yayasan Bank Rakyat Faizat Harun dan Pegawai Pembimbing Sekolah PPD Tuaran Datin Siti Raisah Bungsu.


 

Advertisement