Anda di sini

Bung Moktar mula kempen di kampung kelahirannya

Advertisement

SANDAKAN: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kinabatangan, Dato Sri Bung Moktar Radin memulakan kempen pertama di kampung kelahirannya di Kg. Bilit.

Beliau kemudiannya bertemu dengan penyokong BN di Kampung Sukau.

 

Bung Moktar yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Kinabatangan sejak 1999 disambut dengan mesra oleh para pemimpin dan penyokong BN di kedua-dua kampung berkenaan.

Beliau selaku Pengerusi Penyelaras BN Kinabatangan mengingatkan pemimpin serta jentera BN agar terus bekerjasama dalam memastikan  kemenangan calon-calon BN.

"Jangan bersaing sesama sendiri sebaliknya bekerjsama serta mengukuhkan perpaduan dalam kalangan pemimpin serta jentera untuk menambat hati rakyat," katanya.

Beliau mahu jentera BN sentiasa memperkukuhkan jalinan mesra dengan rakyat di kawasan masing-masing dan membuat laporan ke bilik gerakan untuk penyelarasan gerakan jentera.

Dalam pada itu, Bung Moktar mengingatkan pemimpin, ahli-ahli dan penyokong BN agar turun mengundi pada 9 Mei ini.

"Ini amat penting sekali untuk pastikan kemenangan calon-calon BN memperolehi kemenangan. Jangan kita asyik kempen tetapi tiba masa tidak turun mengundi," katanya.

BUNG Moktar bersalaman dengan penyokong BN di Kampung Bilit.
BUNG Moktar bersalaman dengan penyokong BN di Kampung Bilit.
  • oleh
  • Advertisement