Anda di sini

Lapan calon Papar bertanding kali pertama

Advertisement
 

PAPAR: Lapan dari 12 calon yang bertanding di kerusi Parlimen Papar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawang & Pantai Manis bertanding buat julung-julung kalinya pada Pilihan Raya Umum (PRU).

Walau membuat kemunculan sulung menerusi parti pembangkang, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Persekutuan Datuk Aidi Mohktar,63, (Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak sedikit pun merasa gentar apabila perlu bersaing menentang calon tanpa kalah Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahim Ismail,69 bagi kerusi N.22 Pantai Manis.

Berkongsi tentang misi dan visi yang ingin digalas sekiranya diberi mandat menjadi wakil rakyat, Aidi berkata, beliau ingin melihat Papar menjadi hub-pendidikan yang menempatkan pelbagai universiti dan kolej.

AHMAD Hassan
AHMAD Hassan

Dengan mewujudkan universiti mahupun kolej di sini maka, anak-anak muda tidak perlu lagi berhijarah ke luar bagi melanjutkan pengajian. Ia boleh menjimatkan wang ibu bapa daripada menghantar anak belajar di tempat yang jauh.

Selain itu, beliau ingin membangunkan sektor perindustrian di daerah ini bagi mewujudkan lebih banyak kilang perindustrian.

AIDI Mokhtar
AIDI Mokhtar

“Langkah ini akan membolehkan kita mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi anak-anak muda termasuk lepasan universiti yang masih tidak mempunyai pekerjaan,” katanya ketika ditemui semasa Penamaan Calon Parlimen Papar, di Dewan Masyarakat, di sini pada Sabtu.

Katanya, untuk merealisasikan hasrat berkenaan, beliau akan mengumpulkan golongan profesional yang sedang berkhidmat mahupun sudah bersara untuk membantu dalam memikirkan idea dan melaksanakan idea berkenaan.

JAMES Ghani
JAMES Ghani

Ditanya tentang keyakinan untuk menang, Aidi berkata beliau percaya Warisan adalah pembangkang yang kuat dan mampu memperoleh undi rakyat yang ingin melihat perubahan dalam pucuk pimpinan Negeri Sabah.

Calon N.21 Kawang Matlin Jilon (Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan) yang juga kali pertama menjadi calon menyatakan keyakinan untuk merampas kerusi berkenaan daripada penyandangnya Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar.

Matlin,58, mengalas visi untuk menyediakan lebih banyak tanah bagi membina lebih banyak penempatan di Kawang. Ia kerana kebakaran yang berlaku tiga kali di salah sebuah kawasan di Kawang menyebabkan ramai penduduk hilang tempat berlindung.

Seorang lagi calon yang membuat kemunculan sulung dalam politik menerusi Warisan, Ahmad Hassan juga yakin mampu meraih kemenangan.

Katanya, jika masyarakat di daerah ini mengetahui visi dan misi yang diperjuangkan Warisan, beliau pasti mampu meraih sokongan pengundi.

Sekiranya beliau diberi mandat, beliau akan memastikan segala hasil kerajaan akan diagihkan kepada setiap lapisan masyarakat. Ini membolehkan rakyat berdepan dengan masalah kos sara hidup yang semakin tinggi.

MATLIN Jilon
MATLIN Jilon

Bekas akauntan ini berkata, jika pemimpin Warisan sanggup melepaskan segalanya demi melihat negeri ini berubah, penyokong harus bersama-sama dengan Warisan untuk berubah.

Turut ingin melihat perubahan berlaku adalah ahli politik veteran, Datuk James @ Ebi Ghani,78, yang bertanding bagi kerusi N.22 Pantai Manis.

CALON Warisan kawasan Papar (dari kiri) Ahmad, Aidi dan Salleh Eddris.
CALON Warisan kawasan Papar (dari kiri) Ahmad, Aidi dan Salleh Eddris.

Naib Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan) ini berkata sudah tiba masanya pucuk pimpinan negeri ini digalas oleh parti tempatan dan bukan parti dari Semenanjung Malaysia.

Calon lain yang pertama kali bertanding dalam PRU14 ini ialah Elbert Sikuil (Parti Cinta Sabah (PCS); Jamil William Core (Parti Solidariti Tanah Airku (STAR); Jawasing Mianus @ Herman J. Mianus (PCS); Salleh Eddris (Warisan) dan Wahid @ Harith Ismail (Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri).

  • oleh
  • Advertisement