Anda di sini

Azizah dicabar presiden dan naib presiden pembangkang

Advertisement
CALON BN Azizah (kanan), Isnin (tengah) dan Limus (kiri) mengangkat tangan bersama-sama selepas pengumuman calon PRU14.
CALON BN Azizah (kanan), Isnin (tengah) dan Limus (kiri) mengangkat tangan bersama-sama selepas pengumuman calon PRU14.

BEAUFORT: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun yang juga penyandang kerusi berkenaan berdepan dua pencabar parti pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan) Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Johan @Christopher OT Ghani menentang Azizah dalam pertembungan tiga penjuru kerusi parlimen itu.

 

Lajim yang turut bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias bakal ditentang calon BN Datuk Isnin Aliasnih dan calon Parti Warisan Johair Mat Lani.

Penyandang DUN Kuala Penyu yang juga calon BN Datuk Limus Jury dicabar tiga calon pembangkang dalam pertembungan empat penjuru kerusi DUN.

Tiga calon pembangkang yang menentang Limus termasuklah calon PKR Dikin Musah, calon Harapan Jonas Sungin @Sunggim dan calon Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Nikol Tiunsu @Herman Tiongsoh.

Kesemua senarai calon yang bertanding bagi Parlimen dan DUN diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Beaufort Mohd Shaid Othman di sini pada Sabtu.

Parti Kebangsaan Sabah (PKS) yang menyenaraikan tiga nama calon bagaimanapun gagal menghadirkan diri untuk penamaan calon.

  • oleh
  • Advertisement