Anda di sini

Yusof akan pertahan DUN Lahad Datu

Advertisement
 

LAHAD DATU: Ketua Umno Bahagian Silam, Datuk Mohd Yusof Apdal menyifatkan pencalonan semula untuknya bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lahad Datu pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) sebagai kelangsungan pada mandat gerak kerja parti membangun rakyat.


Menurutnya, selaras dengan manifesto Barisan Nasional (BN) Negeri yang dibentangkan Pengerusi Perhubungan BN Sabah, Tan Sri Musa Aman, pada Rabu, disifatkannya sebagai aku janji meningkatkan ekonomi rakyat khususnya di luar bandar.


Katanya, perjuangan untuk meneruskan usaha merapatkan pembangunan bandar dan luar bandar di Lahad Datu dapat diaksana melalui usaha antaranya memacu sektor pertanian dan merancakkan sektor pelancongan.


"Terdapat banyak lagi potensi ekonomi di daerah ini yang boleh diterokai untuk membangun ekonomi rakyat seterusnya menjamin kelangsungan hidup dan memakmurkan generasi akan datang," katanya.

YUSOF disambut mesra penyokongnya.
YUSOF disambut mesra penyokongnya.


Beliau mengucapkan penghargaan kepada Presiden BN Datuk Seri Mohd Najib Razak dan kepimpinan Musa kerana memberi kepercayaan dan mandat kepadanya untuk bertanding dan Yusof bersedia mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRU13 demi rakyat.


Yusof pada PRU13 mencatat majoriti undi 8,415 dengan menewaskan Ali Andu Enjil (SAPP), Hamid Awong @Abdul Hamid Awong (PKR) dan Ariffin Hamid @Alfa Hamid (Star).


Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas disambut ketibaannya oleh rakyat di Lapangan Terbang Lahad Datu, di sini, pada Jumaat.


Selepas majlis makan tengah hari, Yusof turut mengulas saingan pada PRU14.


Menurutnya, persaingan daripada calon parti pembangkang di pentas saingan itu membuktikan kerajaan melaksanakan pentadbiran sistem demokrasi dan berharap ianya dapat dijalankan dengan lancar.


Selain itu, beliau meminta rakyat tidak membuat pilihan mengikut perasaan sebaliknya menunaikan tanggungjawab mengundi demi masa depan generasi akan datang.

  • oleh
  • Advertisement