Anda di sini

Proses penamaan calon PRU14 berjalan lancar

Advertisement
 

LAHAD DATU: Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di pusat penamaan calon di daerah ini berlangsung dalam suasana aman dan terkawal tanpa sebarang insiden.

Tinjauan Utusan Borneo sekitar jam 9 pagi di lokasi pusat penamaan calon mendapati semua penyokong parti mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

PEGAWAI dan anggota polis berkawal di pagar utama pusat penamaan calon di Dewan Sri Perdana.
PEGAWAI dan anggota polis berkawal di pagar utama pusat penamaan calon di Dewan Sri Perdana.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata seramai lebih seratus pegawai dan anggota polis ditempatkan di sekitar pusat penamaan calon bagi memastikan kelancaran proses penamaan calon PRU14.

"Alhamdullilah, sepanjangan proses penamaan calon yang berlangsung ia berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku," katanya.

  • oleh
  • Advertisement