Anda di sini

Pertembungan tiga penjuru di Libaran

Advertisement
 

SANDAKAN: Parlimen Libaran menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) yang akan menentang Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Harapan Rakyat (Harapan) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Calon BN, Datuk Zakaria Mohd Edris akan berdepan Irwanshah Mustapa (Warisan) dan Alfian Mansyur (Harapan).

Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Libaran Faridah Giau selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Libaran.

ZAKARIA (kiri) bersama Irwanshah (tengah) dan Alfian (kanan) yang akan bertanding bagi Parlimen Libaran.
ZAKARIA (kiri) bersama Irwanshah (tengah) dan Alfian (kanan) yang akan bertanding bagi Parlimen Libaran.

Terdahulu, Zakaria bersama pencadang Mohd Noor Bacho dan penyokong Kamal M Said telah menghantar borang percalonan pada jam 9.07 pagi manakala, Alfian menghantar borang pencalonan pada jam 9.13 pagi diikuti Irwanshah pada 9.20 pagi.

Untuk rekod, Zakaria sebelum ini merupakan penyandang kerusi DUN Gum-Gum selama tiga penggal berturut-turut.

  • oleh
  • Advertisement