Anda di sini

Pengetua Kuala Lumpur kunjungi Pusat Sumber Al-Faaeq

Advertisement
 Rombongan dari Kuala Lumpur bergambar bersama warga SK Lubok Temiang.
ROMBONGAN dari Kuala Lumpur bergambar bersama warga SK Lubok Temiang.

LABUAN: Pusat Sumber Al-Faaeq Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang (SKLT) telah dikunjungi seramai 25 orang peserta rombongan dari Kuala Lumpur dalam Program Lawatan Perkongsian Pintar Pusat Sumber Cemerlang dan Majlis Menandatangani Sijil Jaringan.

Majlis yang berlangsung selama dua jam itu terdiri daripada Pengetua-pengetua, Guru-guru Besar dan Guru Perpustakaan dan Media yang mewakili sekolah masing-masing dalam misi lawatan penandaarasan pusat sumber cemerlang.

Dalam majlis itu, peserta rombongan bertukar-tukar pendapat dan berkongsi amalan terbaik yang selama ini menjadi sumber utama di SK Lubok Temiang.

Taklimat telah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran SK Lubok Temiang Roslan Mohammad.

ROSLAN Mohammad menyampaikan cenderahati kepada Rosnah Mat Yunos.
ROSLAN Mohammad menyampaikan cenderahati kepada Rosnah Mat Yunos.

Melalui ucapan balas oleh Guru Besar SK 1 Kuala Ampang, Rosnah Mat Yunos memuji amalan terbaik sukan di SK Lubok Temiang yang disediakan secara bersistematik dan teratur di samping eviden graf dan carta petunjuk yang memudahkan pencapaian sukan dianalisis secara terperinci.

Beliau turut mengharapkan jalinan hubungan yang telah terjalin ini akan berterusan dalam apa juga bidang demi kecemerlangan pusat sumber, sekolah dan kemenjadian murid.

Rombongan turut dibawa melawat ke Pusat Sumber Al-Faaeq untuk melihat sendiri perkembngan tranformasi ke arah pusat sumber cemerlang.

Terdahulu, rombongan ini telah melawat ke Pusat Sumber Cemerlang SMK Rancha-Rancha.

Guru Perpustakaan dan Media SK Lubok Temiang Hasnan Md Saad berharap jalinan kerjasama tersebut akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak khususnya Pusat Sumber SK Lubok Temiang.

“Kami berharap lebih banyak kerjasama dan jalinan pintar dapat dilaksanakan menerusi lawatan rombongan dari Kuala Lumpur itu.

"Saya yakin PSS SK Lubok Temiang akan terus menerima kunjungan daripada sekolah lain, “katanya.

Advertisement