Anda di sini

Penampang saksikan pertembungan empat penjuru

Advertisement
DARI kiri;  Edwin, Cleftus, Ceasar dan Darell ketika di Pusat Penamaan Calon
DARI kiri; Edwin, Cleftus, Ceasar dan Darell ketika di Pusat Penamaan Calon.

PENAMPANG: Parlimen Penampang bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru di antara Barisan Nasional (BN), Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri) dan Gabungan Sabah (GS).

BN diwakili calonnya Ceasar Mandela Malakun tiba di pusat penamaan calon jam 8.40 pagi, beliau diiringi Ketua Umno Bahagian Penampang Senator Datuk John Ambrose.

Turut mengiringi ialah Pengerusi BN Penampang yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog Datuk Donald Peter Mojuntin dan Calon MCA DUN Kapayan Datuk Francis Goh bersama sekitar 1000 penyokong.

Penyandang kerusi Parlimen Penampang yang juga calon Warisan Darell Leiking tiba di pusat yang sama pada jam 8.43 pagi dengan diiringi lebih 500 penyokong beliau.

 

Sementara itu, calon Anak Negeri Edwin Bosi yang sebelum ini penyandang DUN Kapayan tiba pada jam 8.50 pagi.
Calon STAR dari Gabungan Sabah Cleftus Stephen Spine turut tiba di pusat penamaan calon sebelum jam 9 pagi bersama penyokong masing-masing.

Keempat-empat calon bagi kawasan Parlimen terbabit secara serentak menghantar borang pencalonan mereka dengan disaksikan oleh Pengurus Pilihanraya Parlimen Penampang Luvita Koisun.
-end
 

  • oleh
  • Advertisement