Anda di sini

Pang akur tidak dipilih

Advertisement
 

TAWAU: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai Datuk Pang Yuk Ming akur dengan perjalanan karier politiknya apabila tidak dipilih untuk bertanding pada pilihan raya kali ini mewakili Barisan Nasional (BN).

Pembantu Menteri Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar itu juga menyifatkan sudah lumrah dalam politik, pemimpin datang dan pergi, namun hidup perlu diteruskan.

"Untuk orang terpilih seperti saya, berasa amat bertuah dan bersyukur kerana diberi peluang berkhidmat sebagai Wakil Rakyat dan Pembantu Menteri di bawah kepimpinan Ketua Menteri kita.

PANG Yuk Ming
PANG Yuk Ming

"Mungkin ada yang mempersoalkan rasional saya tidak dipilih, tetapi perkara itu tidak lagi relevan kerana pemilihan calon terletak di tangan Presiden Parti," katanya menerusi kiriman mesej WhatsApp kepada media pada Jumaat.

Pang berkata khidmat bakti kepada parti diberi dengan harapan untuk mewujudkan perubahan positif dan memberikan manfaat kepada rakyat serta demi Sabah yang tercinta.

  • oleh
  • Advertisement