Anda di sini

Larian Obor APMG bermula di Kudat hari ini

Advertisement
DELEGASI dari Pulau Pinang yang diketuai  Yew Tung Seang (depan tujuh dari kiri) dan bersama Yeo (depan enam dari kanan) selepas sidang media di DBKK pada Jumaat.
DELEGASI dari Pulau Pinang yang diketuai Yew Tung Seang (depan tujuh dari kiri) bersama Yeo (depan enam dari kanan) selepas sidang media di DBKK pada Jumaat.

KOTA KINABALU: Larian Obor Asian Pacific Masters Games (APMG) peringkat negeri Sabah akan bermula di Kudat hari ini.

Larian yang akan bermula di Tanjung Simpoang Mengayau (Tip Of Borneo) itu akan dibawa ke beberapa destinasi negeri ini termasuk Low Peak Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu, Beaufort dan Labuan melibatkan jarak 672km dalam tempoh 15 hari.

Selepas itu, Obor akan menjelajah di Sarawak bermula di Gua Mulu dan seterusnya ke Semenanjung Malaysia pada Jun.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya George Town, Pulau Pinang merangkap Presiden Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia  (MALA) dan Naib Pengerusi APMG, Yew Tung Seang memberitahu perkara itu dalam satu sidang media di sini pada Jumaat.

Larian Obor itu adalah bagi mempromosikan APMG yang akan berlangsung di Pulau Pinang pada 7-15 September 2018.

YEO menyerahkan Obor APMG yang akan dibawa menjelajah negeri ini menerusi program larian bermula di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat hari ini.
YEO menyerahkan Obor APMG yang akan dibawa menjelajah negeri ini menerusi program larian bermula di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat hari ini.

Sukan bagi peserta berusia 30 tahun ke atas itu melibatkan penyertaan 5,000 peserta dari 34 negara.

Sebanyak 22 jenis sukan dipertandingkan.

Turut bersama dalam sidang media itu adalah Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai dan Pegawai Daerah Kudat, Sapdin Ibrahim.

  • oleh
  • Advertisement