Anda di sini

Lapan wanita antara 10 korban dirempuh van di Toronto: Polis

Advertisement
 Gambar menunjukkan potret Anne Marie D’Amico, salah seorang daripada lapan wanita daripada 10 pejalan kaki yang maut dirempuh van, ketika upacara penghormatan untuk mangsa di Toronto, Kanada pada 24 April. — Gambar AFP
MALANG: Gambar menunjukkan potret Anne Marie D’Amico, salah seorang daripada lapan wanita daripada 10 pejalan kaki yang maut dirempuh van, ketika upacara penghormatan untuk mangsa di Toronto, Kanada pada 24 April. — Gambar AFP

OTTAWA: Lapan wanita adalah antara 10 pejalan kaki yang terkorban selepas seorang lelaki Kanada yang dikatakan berdendam dengan wanita memandu van sewa di atas laluan jalan kaki Toronto pada awal minggu ini, kata polis kelmarin.

Mangsa yang terkorban berusia di antara 22 hingga 94 tahun, serta termasuk seorang lelaki Jordan yang melawat anak lelakinya di Toronto dan seorang pelajar Korea Selatan, Inspektor Bryan Bott, dari skuad homisid, memberitahu sidang media.

Beliau turut berkata jumlah mangsa tercedera yang disahkan telah meningkat kepada 16, dan dua dakwaan tambahan bagi cubaan membunuh akan dilakukan tidak lama lagi yang menunjukkan kepada angka tersebut.

Dua mangsa tercedera yang baharu dikenal pasti – seorang lelaki berusia 22 tahun dan seorang wanita berusia 67 tahun – meninggalkan tempat kejadian serangan sebelum anggota kecemasan hadir namun kemudian pergi menemui polis, jelas pegawai itu.

Alek Minassian, 25,  ditangkap pada Isnin berhampiran tempat kejadian amukan.

Dalam satu kenyataan Facebook sejurus sebelum serangan itu, dia memuji pembunuh beramai-ramai Elliot Rodger, seorang rakyat Amerika berusia 22 tahun yang membunuh enam orang dan kemudian membunuh dirinya sendiri di  California pada 2014.

Rodger meluahkan kekecewaan mengenai keterunaannya dan wanita yang menolak diriya.

Kenyataan suspek turut merujuk kepada “Incel Rebellion,” singkatan untuk “membujang secara terpaksa,” sering digunakan berhubung dengan kumpulan dalam talian mengenai lelaki yang mengalami kekecewaan secara seksual diketahui sering berhujah menentang wanita.

“Kami akan menjatuhkan semua Chad dan Stacy!” me-nurut kenyataan itu, merujuk kepada nama lain yang digunakan dalam komuniti untuk menyatakan orang yang tidak mempunyai masalah mencari pasangan seksual.

Dia didakwa dengan 10 tuduhan pembunuhan yang dirancang, termasuk dakwaan cubaan membunuh berkaitan dengan mangsa yang terce-dera. — AFP

Advertisement