Anda di sini

Calon GS-Harapan antara paling awal tiba di pusat penamaan calon

Advertisement
 

TUARAN: Calon GS-Harapan  Syra Peter @ P Gom untuk kerusi Parlimen P.170 Tuaran, antara calon paling awal tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Seri Sulaman Tuaran pagi ini. 

JO-ANNA Henly Rampas, calon Warisan N. 11 Kiulu menyerahkan borang pencalonan.
JO-ANNA Henly Rampas, calon Warisan N. 11 Kiulu menyerahkan borang pencalonan.

Beliau tiba jam 8.02 pagi, dikuti calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Jo -Anna Henley Rampas  untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)  N.11 Kiulu jam 8.06 pagi, calon Parti Cinta Sabah (PCS) bagi DUN N.11 Tamparuli,  Gaibin Ransoi jam 8.10 pagi.  

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen P. 170 Tuaran Datuk Seri Madius Tangau,  calon BN bagi kerusi DUN N.10 Sulaman  Datuk Seri Hajiji Hj.  Noor, calon BN DUN N. 11 Kiulu Datuk Joniston Bangkuai dan calon BN DUN N. 9 Tamparuli Datuk Jahid Jahim tiba pada jam 8.30 pagi.

CALON PCS DUN N9 Tamparuli,  Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing.
CALON PCS DUN N9 Tamparuli, Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing.

Ketiga-tiga calon BN ini diringi ribuan penyokong berarak menuju ke Dewan Seri Sulaman.

Calon Warisan DUN N. 9 Sulaman Abdullah Sani Daud tiba jam 9 pagi.

CALON Parlimen P. 170 Tuaran,  Datuk Seri Madius Tangau.
CALON Parlimen P. 170 Tuaran, Datuk Seri Madius Tangau.

Calon PCS P. 170 Tuaran  Datuk Kalakau Untol dan calon PCS DUN N. 9 Tamparuli  Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing tiba jam 9.10 pagi.

CALON BN Parlimen P. 170 Tuaran Datuk Seri Madius Tangau menyerahkan borang pencalonannya.
CALON BN Parlimen P. 170 Tuaran Datuk Seri Madius Tangau menyerahkan borang pencalonannya.
CALON BN DUN N. 11 Kiulu Datuk Joniston Bangkuai menyerahkan borang pencalonannya.
CALON BN DUN N. 11 Kiulu Datuk Joniston Bangkuai menyerahkan borang pencalonannya.
ABDULLAH Sani Daud calon Parti Warisan Sabah (Warisan) DUN N.10 Sulaman.
ABDULLAH Sani Daud calon Parti Warisan Sabah (Warisan) DUN N.10 Sulaman.
CALON PCS Parlimen P. 170 Tuaran Datuk Kalakau Untol.
CALON PCS Parlimen P. 170 Tuaran Datuk Kalakau Untol.
  • oleh
  • Advertisement